KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Pelakon telemovie Keroncong Untuk Ana, Lydiawati tanpa berselindung mengatakan bahawa pengarah drama berkenaan iaitu Eirma Fatima telah bertindak kejam terhadap dirinya.
Bagaimanapun, erti kejam yang dimaksudkan Lydiawati berkait rapat dengan tindakan ganas Eirma Fatima terhadap dirinya, sebaliknya ia lebih berkaitan dengan pengalaman serta penglibatannya dia di saat akhir untuk drama tersebut.
"Masa saya berlakon drama ini, saya betul-betul stressed. Dahlah saya bidan terjun saja. Lepas itu, yang paling membuat saya tertekan adalah apabila saya kena menyanyi untuk banyak babak.
"Skrip dan lagu semuanya saya dapat on the spot. Tak ada masa langsung untuk saya buta research atau berlatih dengan lebih baik. Memang dia kejam. Sebenarnya, saya memang tidak ada plan berlakon drama ini.
"Dah lah tu, saya kena marah lagi. Apapun, dia buat perkara yang betul sebagai pengarah. Sebagai pelakon saya kena berikan sesuatu dengan penuh emosi. Yang penting, bukan mudah nak menjadi penyanyi dan bukan mudah juga bagi penyanyi nak jadi pelakon," katanya
Masih tidak serik dan akan menerima tawaran berlakon dengan menyanyi, Lydiawati awal-awal lagi telah meletakkan syarat.
"Seandainya ada pihak nak menawarkan saya berlakon dan drama muzikal, saya akan terima tetapi mereka perlu memberikan saya masa untuk berlatih. Bagi CD lagu tersebut.
"Sejujurnya, saya terima tawaran ini terlalu last minit. Esok saya nak shoot baru saya dihubungi. Saya memang tidak pernah berlakon sambil menyanyi.
"Pada mulanya saya ingatkan saya hanya perlu berpantun saja. Saya dapat tahu saya kena nyanyi sebaik saja tiba di set penggambaran. Apapun, saya dah cuba berikan yang terbaik," jelasnya tentang pengalaman serts penglibatannya dalam Keroncong Buat Ana yang sudah pun ditayangkan di Astro Prima pada 14 Januari 2013 lalu.
No comments:
Post a Comment