Apek dan leuniey
KOTA BHARU, 2 JAN 2013: Memandangkan Kelantan kerap dilanda banjir kerana hujan lebat henti-henti turun, keluarga isteri Khairul Fahmi Che Mat nyata amat risau kalau-kalau majlis pernikahan yang diadakan pada pagi 28 Disember lalu ditenggelami air.
Namun, kerisauan ayahanda tiri Leuniey, Nazri Adnan bertukar reda kerana cuaca pada hari berkenaan nyata amat tenang dan cerah.
Malah, majlis pernikahan itu telah berlangsung meriah dengan dibanjiri lebih 6,000 peminat Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang ingin melihat wira ini sah menjadi suami kepada Leuniey Natasha.
Lebih menarik lagi, rombongan Apex pada pagi itu bukan saja ditemani sanak-saudara, tetapi 200 penduduk Kampung Cherang telah bersama-sama konvoi dengan mengenakan warna baju yang sama iaitu ungu.
Sebelum tiba di rumah Leuniey dan Apex sempat berkongsi rasa debar bersama pendengar THR Gegar yang mana ikon bola sepak ini telah diwawancarakan secara langsung oleh penyampai THR Gegar, Shah.
Malah, ayahnda dan bonda Leuniey juga sempay berkongsi perasaan mereka sebelum Apex dan Leuniey dinikahkan menerusi temuramah yang dilakukan secara langsung di Astro Awani.
Biarpun sesak dengan kehadiran ramai peminat, Apex nyata tetap gembira dan terkejut dengan sokongan peminat dan media yang hadir pada majlis berkenaan.
"Syukur, segalanya telah selamat. Saya terharu dengan sokongan peminat. Begitu juga dengan pihak media. Jikalau sebelum ini ramai peminat hadir di stadium untuk menyokong, perasaan itu tidak sama.
"Ini kerana pada majlis ini, saya dapat melihat sendiri betapa ramainya penyokong saya. Saya gembira dan Insya-Allah, saya akan membalas sokongan ini dengan mempamerkan mutu permainan yang lebih baik lagi," katanya kepada murai.com.my.
Sebaik saja sah bergelar suami isteri, majlis pernikahan itu diteruskan dengan sesi bergambar bersama peminat dari jam 12 tengah hari sehingalah jam 6 petang yang mana untuk sesi ini, pasangan mempelai ini telah mengenakan tiga persalinan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment