Keayuan Neelofa Diambang Pernikahan


Selepas berjaya dikenali sebagai antara pereka fesyen terbaik yang menghasilkan koleksi gaun resepsi perkahwinan, Syaiful Baharim kini memfokuskan pula ketelitiannya kepada persalinan waktu akad nikah.

Kembali kepada asas serta dasar keayuan wanita Melayu, menerusi koleksi yang dikenali sebagai Solemn Splendor itu, Syaiful Baharim membiaskan tema baju kurung dan kebaya di dalam setiap satu helaian rekaan segarnya itu.

Sebanyak lapan jelmaan persalinan yang memilik kesinambungan antara satu dengan yang lain telah diilhamkan oleh pereka muda berbakat besar itu dengan penggunaan fabrik wajib seperti kain kasa, renda Perancis, cifon, taffeta dan renda Prada.

Menjadikan koleksinya itu lebih istimewa, kerana kali ini Syaiful Baharim mempersembahkan pelakon dan pengacara cantik menawan, Neelofa sebagai bidadari yang telah menggayakan koleksi indah lagi suci ini.

"Jika tahun lalu, saya menggunakan pelakon cantik Scha Al-Yahya bagi menjayakan kempen pakaian persandingan kami. Tetapi kali ini, Neelofa yang sebelum ini hanya sebagai pengapit untuk Scha bagi kempen berkenaan telah dipilih.

"Kami terpikat dengan keanggunan Neelofa. Bagi pandangan saya sebagai seorang pereka fesyen, dia memiliki keayuan yang luar biasa dan sangat sesui untuk koleksi pernikahan kami ini," katanya yang turut ditemani pengarah urusan, Megat Alfie.

Jelas Syaiful Baharim lagi, tidak ramai pereka fesyen tempatan yang hadir dengan koleksi pakaian pernikahan.

Jadi apa salahnya dia mengalihkan pandangan kepada penggemar fesyen tanah air dan setiap bakal ratu sehari untuk memberi lebih tumpuan kepada pakaian pernikahan, iaitu detik paling bersejarah dalam diri seorang wanita.

"Istimewanya koleksi ini apabila saya menggabungkan unsur tradisional dan moden. Malah seperti kebanyakan rekaan saya sebelum ini, koleksi pernikahan ini juga tidak lari dari permainanan detailing yang tersendiri lagi mewah.

"Contohnya, permainan manik berkilau yang lain daripada yang lain serta bulu burung Kasawari adalah salah satu keistimewaan yang ada pada koleksi kali ini.

"Itulah kekuatan yang ingin saya ilhamkan kali ini supaya ianya tampak lebih istimewa, tersendiri dan memiliki sentuhan peribadi yang tak mudah dilupakan," katanya teruja.

Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit Sudah Melebihi RM4.28j



KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2012: Genap seminggu menemui peminat filem tempatan, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit dilihat meraih sambutan yang menggalakkan melalui hasil kutipan terkini yang difahamkan sudah melebihi RM 4.28j.

Nashrin Bertunang Dengan Kawan Sekolah Bernama Farah!



KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi lagu Fobia Cinta, Nashrin menafikan dakwaan bahawa dia cuba menyembunyikan statusnya yang kini sudah pun menjadi tunangan orang. Sebaliknya, Nashrin yang baru saja berhenti daripada bekerja dengan sebuah bank di Pulau Pinang memberitahu dia sudah pun 4 bulan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang bernama Farah.

Ucapan Tahniah Astro Buat Datuk Aznil Hj Nawawi



KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2013: Tanggal 1 Februari lalu, bersamaan Hari Wilayah, pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Aznil Hj Nawawi yang juga merupakan wajah sinonim dengan Astro telah diberi penghormatan yang membawa gelaran 'Datuk' kepadanya.