Benitez pertahan Torres

Torres (kiri) dikeluarkan pada minit ke-81 selepas gagal menyinar dalam perlawanan tersebut.


RAFAEL Benitez tetap mempertahan Fernando Torres meskipun penyerang itu dipersalahkan dan dianggap penyebab utama kekalahan 0-2 Chelsea kepada Swansea City pada saingan Piala Liga, awal pagi semalam.

Bagi Benitez seluruh pasukan bertanggungjawab atas kekalahan itu.

“Saya berpuas hati dengan keseluruhan prestasi pemain dan kita tidak seharusnya menyalah seorang pemain hanya kerana kekalahan itu.

“Pasukan mencipta banyak peluang dan kami sepatutnya mampu menjaringkan dua atau tiga gol pada babak pertama dan satu gol pada babak kedua, namun kami melakukan kesilapan dan perlu membayarnya.

“Anda berkata (mengkritik) demikian kerana kami tewas, tetapi pemain telah lakukan apa yang patut dan anda boleh lihat dengan cara kami bermain, menguasai perlawanan dan peluang yang kami cipta.

“Pemain buat silap? Itu bukan isunya. Pokoknya, mereka telah beri yang terbaik,” katanya.

No comments:

Post a Comment