Putus Cinta: Taylor Swift Dah Siapkan 5 Lagu Buat Harry
LOS ANGELES, 15 JAN 2013: Satu sumber menyebut bahawa sebaik saja putus cinta dengan anggota One Direction, Harry Styles, penyanyi Country Taylor Swift dikatakan telah pun menulis beberapa lagu buat jejaka itu.
Nampaknya, begitulah kecenderungan Taylor Swift setiap kali putus cinta iaitu menulis lagu buat bekas teman-teman lelakinya. Terbaru ialah Harry Styles.
"Lirik telah pun ditulis tetapi Taylor masih lagui memikirkan sama ada dia mahu merakamkannya atau tidak," kata sumber yang rapat dengan Taylor Swift.
Menurut laporan media, Taylor Swift telah menulis 5 lagu buat Harry Styles mengenai kisah percintaan mereka yang cukup singkat tapi cukup meraih perhatian pihak media.
Perpisahan mereka bagaimanapun dilaporkan berlaku ketika mereka sedang bercuti sempena meraikan Tahun Baru dan pasangan ini dilihat telah meninggalkan Virgin Gonda Island secara berasingan.
Sumber yang rapat memberitahu lagi bahawa punca perpisahan mereka adalah disebabkan kurangnya minat Taylor Swift melakukan hubungan seks hingga memaksa bintang British itu meninggalkannya.
"Taylor menulis lagu sama seperti mana wanita lain berbual dengan rakan mereka menulis telefon. Ia adalah mengenai cara dia menangani emosinya. Harry dan Taylor bercinta dalam waktu yang singkat tetapi perasaan mereka cukup kuat. Jadi, disebabkan itu, tidak mudah bagi Taylor Swift untuk menangani emosinya itu," kata sumber itu lagi.
Walau apapun, sudah menjadi trademark buat penyanyi Country ini untuk menulis lagu tentang hubungan cintanya yang lepas-lepas dengan jejaka-jejaka yang terkenal. Salah satu daripadanya ialah John Mayer yang terkenal dengan topik teenybopper disebabkan lagu Swift berjudul Dear John.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment