SADIS : MANUSIA KULIT ‘BELON’ DI INDONESIA
SADIS : MANUSIA KULIT ‘BELON’ DI INDONESIA | Amat menakutkan itu je penulis mampu terjemahkan.. Tetapi sekali tengok sangat sedih penderitaan beliau. Chandra Wisnu (57) mempunyai sejenis penyakit kulit yang mengerunkan. Tubuh beliau dipenuhi ketumbuhan berbentuk ketulan belon dan ini menyebabkan beliau diberi jolokon “bubble skin man“. Ketumbuhan luar biasa ini mula muncul ketika beliau berumur 19 tahun. Pada awalnya ia hanya muncul pada bahagian belakang tubuh beliau.
Sungguhpun begitu Chandra berkahwin dengan isteri beliau Nanik Tri Hrayani dan dikurniakan dengan empat orang anak. Bagi mengelakkan cemuhan dan jelingan orang ramai Chandra jarang keluar dari rumah. Jika perlu keluar juga, beliau akan mengenakan pakaian tebal dan topeng muka. Chandra kini meminta bantuan bagi mencari penawar penyakit aneh beliau ini kerana beliau risau dengan dua orang anak beliau yang kini juga menunjukkan simptom awal penyakit yang sama.
#Respect kat isteri beliau, mungkin korang boleh contohi akak ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment