SEMASA : RIBUT TROPIKA SONAMU AKAN MELANDA KELANTAN DAN TERENGGANU | Dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKN yang dipengerusikan oleh Setiausaha MKN pada 05 Januari 2013 jam 9.30 pagi telah memaklumkan bahawa kejadian hujan lebat dan angin kencang yang boleh mengakibatkan banjir besar dijangka akan melanda di kawasan Negeri Kelantan dan Terengganu. Dijangka Ribut Tropika SONAMU akan melanda Kelantan dan Terengganu bermula pada 9 Januari 2013 jam 2.00 pagi (Dijangka berlaku lebih cepat iaitu 8 Januari 2013 jam 2.00 petang).
PPO telah mengambil tindakan awal untuk meminta pihak JBPM Negeri Kelantan dan Terengganu untuk membuat persediaan logistik operasi dengan serta-merta termasuklah membekukan cuti semua anggota dan pegawai mulai pada 8 Januari 2013 sehingga diberitahu kelak sebagai persediaan kerja-kerja penyelamatan ketika menghadapi bencana tersebut. JBPM Negeri yang lain seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang juga telah diminta untuk membuat persediaan yang lengkap dari segi keanggotaan dan keperluan logistik bagi tujuan membantu kerja-kerja menyelamat di negeri-negeri yang terlibat.
Sekian dan terima kasih.
Ketua Cawangan Pengurusan Pusat Gerak Operasi
Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat
Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia”.
Aku kalau bab-bab terima whatsapp macam ni memang aku payah nak layan. Bukan apa, takut orang main-main.
Tetapi setelah diperiksa memang ternyata berita ini berita benar. Kawan-kawan aku yang kerja “gali minyak” kat offhore pun dah mula update status facebook mengatakan mereka terpaksa dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Malam tadi pun berita ni ada keluar dalam Buletin Utama TV3.
Ribut Tropika Sonamu akan melanda Kelantan dan Terengganu ini akan mengakibatkan angin kencang dan laut yang bergelora yang amat berbahaya kepada bot-bot nelayan dan mungkin akan merosakkan rumah-rumah disekitar pantai. Di samping itu ia menyebabkan paras air laut naik dan mungkin akan mengakibatkan banjir.
Jadi kepada penduduk di kawasan yang dijangka dilanda ribut tersebut, diharap supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak yang bertanggungjawab.
Apa-apa pun, banyakkan berdoa. Dekatkan diri dengan tuhan. Banyakkan berdoa. Klik SINI untuk doa yang boleh diamalkan semasa ribut kencang.
P/S : Semoga tiada yang tecedera
No comments:
Post a Comment