Kereta Eco Mirage



Mirage dengan Pakej Aero menyerlahkan identiti kereta kompak ini di jalan raya.
Mitsubishi melancarkan model Mirage pacuan roda hadapan dengan tiga pintu sekitar Mac 1978, sebagai tindak balas kepada krisis minyak pada 1973. Kemudian pada bulan September Mirage lima pintu mula dijual.

Memberikan ruang kaki luas dalam kelasnya.
Kebanyakan pasaran antarabangsa tidak memasarkan kereta kompak Mitsubishi Minica Kei, oleh itu Mirage biasanya dijual sebagai model asas.

Kini Mirage tiba ke genenaris ke-6 dengan penantian yang agak lama selama 10 tahun. Boleh dikatakan di sini perjalanan model Mirage agak rumit. Selama 34 tahun itu, pelbagai nama digunakan bergantung kepada pasaran negara yang dimasuki.

Rata-rata menggunakan Mitsubishi Colt dan Mitsubishi Lancer Fiore. Dan ada juga nama yang lenyap dan diberi nafas baru. Dan... bermula pada 2012 juga Mitsubishi telah menamakan semula kereta kompak tersebut sebagai Mirage.

                      Mirage baharu mula diperkenalkan sebagai kereta konsep di Geneva Auto Show 2011 yang kemudiannya kenderaan berkenaan didedahkan di Tokyo Motor Show pada Disember 2011. Model awal Jepun termasuklah enjin 1.0 liter bersama Auto Stop & Go, transmisi CVT dan rim aloi 14 inci.

Bagi model pasaran Thailand pula, Mirage dipertontonkan ketika Bangkok Motor Show 2012 dan mula dijual sekitar Mac lalu. Sejak  itu, Mitsubishi Thailand menerima tempahan kira-kira 45,000 unit.

Menunggu agak lama. akhirnya Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mula membawa masuk model Mirage. Dilancarkan minggu lalu, ia dijana  enjin 1.2 liter tiga silinder dengan sistem MIVEC.
Sekiranya berlaku kemalangan, Mirage dilengkapi dengan beg udara SRS sebagai perlindungan.

Kereta Eco berkenaan mampu menghasilkan kuasa sehingga 78PS pada 6000 rpm dan tork puncak 100Nm pada 4,000 rpm. Dipasang di kemudahan kilang Mitsubishi Thailand, berat badan Mirage cukup ringan sekadar 850 kilogram (kg) bagi model automatik sementara manual dengan hanya  825kg.

Sumbangan berkenaan memberikan kecekapan penggunaan api yang mengagumkan sehingga 21 kilometer bagi setiap liter (Kitaran Pemanduan Eropah, New European Driving Cycle, NEDC).

Mirage ditawarkan dalam tiga varian iaitu transmisi manual dan automatik. Versi manual dikenali sebagai GL dan ditawarkan pada harga RM56,980 seunit. Bagi automatik tersedia dengan dua varian iaitu GL CVT dan GS CVT yang dijual pada harga RM61,980 dan RM64,980 sebuah (termasuk insurans).

Selain itu, MMM turut menawarkan aksesori pilihan iaitu Pakej Aero dengan tambahan harga RM1,999.90, Pakej Krom (RM750), sarung penutup minyak Ralliart (RM150) serta sarung kulit pasang pintar sebanyak RM1,500.

Mirage juga dilengkapi dengan ciri-ciri unik kunci pintar, pendingin hawa automatik digital, sistem audio 2-DIN dengan sambungan USB, ipod dan AUX. Untuk keselamatan pula antaranya dua beg udara, sistem anti brek bersama agihan brek elektronik, ISOFIX, dan tingkap kuasa sentuh.


Hadir dengan lima warna pilihan, Mirage menawarkan waranti tiga tahun atau 100,000 kilometer serta tawaran pakej penyenggaraan percuma selama setahun (alat-alat komponen, minyak hitam dan kos buruh sehingga setahun atau 20,000 km).

No comments:

Post a Comment