Awi Rafael Tak Minta Izin Guna Nama Dato` K, Siti Respon!




KUALA LUMPUR, 14 FEB 2013: Penyanyi Awi Rafael akui lagu Asalkan Aku Ok ciptaannya yang turut tertulis nama Dato' K di dalam liriknya itu memang benar ditujukan kepada Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa iaitu suami kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza.

Namun, Awi Rafael memberitahu dia tidak pernah meminta izin kepada pemilik namanya itu kerana merasakan bahawa mesej yang ditulis di dalam lagunya itu semuanya berunsurkan elemen yang positif.

"Ya, memang nama Dato' K itu saya tujukan kepadanya. Namun saya tidak pernah pula meminta izin untuk menggunakan namanya.

"Rasanya dia (Dato' K) tiada masalah dengan lagu saya itu kerana lirik yang saya tulis itu semua berunsur mesej yang positif di dalamnya," katanya kepada murai.com.my pada sidang media dan showcase Awi Rafael- Asalkan Aku Ok di ASWARA, baru-baru ini.

Sebahagian lirik lagu Asalkan Aku Ok yang tertulis nama Dato K itu adalah seperti: "Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Dato' K, hidup tanpa masalah dunia, hidup mewah tanpa berhutang, hati bersih tak lupa sembahyang".

Lebih menggembirakan Awi Rafael dan meyakinkannya bahawa penggunaan nama Dato' K itu tidak menjadi masalah atau isu adalah selepas dia menerima respon baik daripada Siti Nurhaliza mengenai lagu tersebut.

"Saya ada menerima respon daripada Dato' Siti sendiri di akaun Twitter saya, katanya lagu saya itu cute (comel) . Saya pun rasa lega menerima respon baik sebegitu kerana maknanya daripada pihak Dato' K sendiri tiada masalah dengan lagu saya.

"Saya kemudian terus tujukan lagu itu kepada Dato' K dan saya harap mesej positif saya akan buat dia cepat sembuh sebab waktu saya buat lagi itu, Dato` K baru sahaja terlibat dalam kemalangan," jelasnya lagi.

No comments:

Post a Comment